e folio pendidikan islam (ciri-ciri kesempurnaan islam)
E FOLIO PENDIDIKAN ISLAM
NAMA PENSYARAH: PUAN FARIDAH MUSTAFFA
NAMA AHLI KUMPULAN:
1. MUHAMMAD HIFZHAN FIRDAUS BIN MUHAMAD FAISUL
(T01STP23F503)
2. MUHAMAD ALIF MUHAIMIN BIN ABDUL HAFIZ
(T01STP23F505)
TAJUK: CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAM
TARIKH HANTAR: 4/3/2024
KUMPULAN 1
ISI KANDUNGAN
1.PENGENALAN KESEMPURNAAN ISLAM
2.CIRI-CIRI KESEMPURNAAN ISLAM
3.MASYARAKAT YANG TENTERAM
4.KESAN PENGABAIAN TUGAS KHALIFAH
5. KESIMPULAN
1.
Pengenalan:
Islam ialah agama yang dibawa oleh para nabi dan rasul bermula dari Nabi Adam a.s hinggalah
Nabi Muhammad SAW untuk sekalian manusia tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Oleh sebab itu,
Islam berbeza dengan agama lain di dunia, kerana mempunyai pelbagai keistimewaan dalam islam yang menggambarkan kesempurnaan dalam hidup seseorang yang beriman dengan agama ini.
2. Konsep Ketuhanan:
Rabbaniyyah;
Ianya membawa erti bahawa hukum dan peraturan Syariah ini dari Allah SWT dan bukan ciptaan manusia. Bermaksud sumber Syariah Islamiyyah ialah Allah SWT iaitu wahyuNya kepada Nabi Muhammad SAW dengan lafaz dan makna, iaitu Al-Quran, atau dengan makna tidak lafaz iaitu As-Sunnah. Ciri ini membezakannya sama sekali dari semua perundangan duniawi kerana ia bersumberkan dari manusia sedangkan Syariah Islamiyyah sumbernya pencipta manusia itu sendiri.
Cara Memiliki Sifat Berusaha Dengan Rabaniyyah Bersungguh-Sungguh
a) Beriman dengan yakin untuk mencapai segala rukun keredaan Allah SWT.
b) Berjihad dengan mengerjakan segala nyawa,harta dan akal perintah Allah SWT dan meninggalkan fikiran untuk meninggikan syariat segala larangan.
c) Islam sesuai dengan fitrah islam datangnya dari Allah ,semulajadi manusia dan mempunyai kitab suci.
Keistimewaan Rabaniyyah Dalam Kehidupan Manusia
Islam merupakan ajaran yang lengkap dan ajaran islam juga merangkumi semua setiap aspek kehidupan kepada suatu manusia seperti ekonomi,bangsa dan kaum tertentu sosial,ibadat,politik dan sebagainya berkenaan agama.
Firman Allah Yang Bermaksud:
"Katakanlah:"Dialah Allah S.W.T.,yang Maha Esa. Allah S.W.T adalah Tuhan yang bergantung kepadanya segala sesuatu.Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan dia"
(al-ikhlas,122:1-4)
Syumuliyyah:
Dari segi istilah agama islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW lengkap dan sempurna serta meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat.
a) Semua aspek kehidupan manusia dijelaskan dan diberikan panduan oleh Allah SWT dalam wahyunya.
b) Islam meliputi seluruh kehidupan manusia di dunia dan akhirat.Islam telah mengatur kehidupan manusia dengan lengkap meliputi kepercayaan,pemikiran,akhlak,ekonomi,politik,kemasyarakatan,pendidikan dan alam sekitar.
"Dan kami turunkan ke atas engkau kitab Al-quran sebagai penjelasan dan sebagai panduan hidup manusia bagi semua perkara"
(Surah al-Nahl:89)
Prinsip Syumuliyyah:
a) Manusia diciptakan penuh dengan kelemahan.Islam diciptakan oleh Allah SWT dan merupakan agama yang sempurna mampu memenuhi semua keperluan manusia. sepertinya manusia mesti tunduk dan patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
b) Manusia telah dibekalkan akal dan wahyu serta peraturan daripada Allah swt untuk membangun dan memakmurkan alam mengikut ketetapan Allah SWT.Peraturan tersebut sama ada berhubung dengan kehidupan manusia di dunia seperti sosial,budaya,ekonomi dan sebagainya,dan yang berhubung dengan kehidupan di akhirat seperti cara beribadat.
c) Islam menyediakan segala peraturan kehidupan manusia untuk kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat sepertinya antara untuk mengeratkan hubungan antara manusia dengan Allah SWT secara langsung seperti contoh berpuasa,solat,zakat,bersedekah menolong orang gelandangan,berbaik sesam saudara islam dan haji.
d)Agama tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan manusia.Syumuliyyah kehidupan yang di bina atas dasar agama akan membawa kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat dalam kehidupan meliputi semua.Antaranya islam mengariskan panduan,islam telah menetapkan dan cara yang terbaik dalam hukuman yang setimpal peraturan dan adab sepertinya menguruskan ekonomi dengan kesalahan yang pergaulan sesama manusia ,seperti islam mengharuskan dilakukan oleh manusia,perhubungan antara manusia jual beli dan mengharamkan dan sebagainya seperti riba,dan penindasan sebagai contoh hukum hudud,qisas,dan takzir.
Konsep Al-Waqiyyah:
Didefinisikan sebagai realiti dan kebenaran. Ia melibatkan ajaran Islam yang bersifat praktikal sesuai dijadikan amalan di dalam kehidupan manusia. Maka islam itu dilihat sebagai fleksibel dalam menyelesaikan semua kemusykilan yang timbul bergantung kepada keadaan. Jadi para fuqaha (ahli feqah) dan mufti telah bertanggungjawab memberi jawapan terhadap sebarang kemusykilan agama yang timbul. Dalam hal ini, maka mereka haruslah memahami keadaan dan realiti semasa sebelum memutuskan sebarang keputusan.
Konsep Al-Waqiyyah ini dapat disimpulkan bahawa justifikasi islam adalah meluas dan fleksibel dalam melihat realiti dan kebenaran kehidupan semasa. Ia juga dapat dilihat sebagai kaedah mengaplikasi secara praktikal selari dengan tuntutan syarak dan tidak membebankan umat islam dalam kehidupan. Hal ini secara langsung dapat menyumbang kepada pembangunan berteraskan Islam.
Pengertian Alamiyyah:
- Alamiyyah bermaksud sejagat, buana, global, atau universal, iaitu yakin bahawa ajaran Islam adalah sesuai kepada kesemua umat manusia tanpa mengira bangsa, tempat dan zaman.
- Ajaran Islam sesuai dan dapat diamalkan di mana-mana sahaja.
- Islam juga untuk semua kaum tanpa mengira kedudukan dan darjat.
Prinsip Alamiyyah:
- Manusia adalah sebaik-baik kejadian
- Memakmurkan alam ini mengikut ketetapan Allah SWT
- Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran
Hak Asasi Manusia Yang Dijaga Dalam Islam
Antara hak asasi manusia yang dijaga oleh islam ialah:
- Kebebasan bersuara
- Kebebasan melindungi nyawa
- Kebebasan beragama
- Kebebasan memiliki harta
- Kebebasan memelihara kehormatan dan maruah diri
- Hak untuk mendapatkan kesihatan
- Hak untuk mendapatkan pendidikan
- Hak untuk memelihara harta benda
Ukhrawiyah:
Islam bukan sahaja mementingkan kesejahteraan jasmani, malah menjamin kesejahteraan rohani untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat
Natijah Syariah Islamiyyah:
a) Prinsip-prinsip Syariah dan hukum-hukumnya bersih dari sebarang bentuk kezaliman, kelemahan dan menurut hawa nafsu kerana penciptanya ialah Allah yang mempunyai kesempurnaan mutlak. Undang-undang duniawi pula mempunyai kelemahan kerana ia lahir dari manusia yang memiliki kelemahan seperti kejahilan, penyelewengan, kezaliman, kelemahan, kekurangan, terpengaruh dengan hawa nafsu, alam persekitaran, kaum atau bangsa, dan sebagainya.
b) Hukum syarak mempunyai kehebatan dan kehormatan dalam jiwa orang yang beriman dengannya sama ada pemerintah mahupun yang diperintah kerana hukum ini adalah daripada Allah SWT dan pasti memiliki sifat Al-Din. Atas dasar inilah, Islam tetap dihormati dan dipatuhi dengan rela hati serta didorong oleh jiwa yang bersih dan keimanan yang mendalam tanpa ada unsur paksaan.
c) Pemerintah islam berperan untuk memastikan rakyatnya mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat dengan merancang program dan perancangan bagi memajukan rakyatnya tapa melanggar hukum Allah SWT.
d)Dengan kuasa pemerintahan,kebajikan rakyat akan terbela kerana dasar pemerintahan dan pentadbiran islam dilaksankan dengan penuh tanggungjawab ke atas rakyatnya,seperti pendidikan,kesihatan dan sebagainya.
3. Masyarakat Yang Tenteram:
Ciri-ciri Khas Masyarakat Binaan Aqidah Islamiyyah;
Setiap individu daripada masyarakat merasa aman dan tenteram atas kehormatan dan harga dirinya. Kerana kejahatan zina merupakan perbuatan dosa besar yang di ancam dengan hukuman berat. Jika pelakunya seorang muhsan (yang pernah menikah), maka hukuman yang dijatuhkan kepadanya iaitu hukuman rejam, yakni dilempar dengan batu hingga mati.
Anggota masyarakat ini akan merasa tenang dan aman dari gangguan fitnah atas kehormatan dan kemuliaan harga diri atu reputasinya. Sebab fitnah qazaf (menuduh seseorang melakukan zina) diancam hukuman berat iaitu disebat atau dirotan sebanyak lapan puluh kali di khalayak ramai.
4.
Adil Dan Saksama:
Pemimpin Yang Gagal;
1) Sistem pemerintahan negara menjadi kucar kacir
2) Ekonomi menjadi mundur dan tidak maju
3) Rasuah akan berleluasa di seluruh tempat
4) pemberontakan dan rasa tidak puas hati rakyat akan berlaku
5) Negara akan dijajah oleh orang asing/kuasa luar
6) Negara berada dalam huru hara
Kelebihan Al-Quran Dari Pelbagai Aspek:
1) Keindahan gaya bahasanya dari bahasa Arab tiada tandingan. Jika dibandingkan dengan syai dan sastera Arab, bahasa al-Quran mempunyai kelebihan dari segi kefasihan lafaz-lafaznya, gaya bahasa yang indah dan mengagumkan.
2) Pemberitahuan mengenai sesuatu peristiwa yamg akan berlaku sebelum ia berlaku dan peristiwa tersebut benar-benar berlaku sebagaimana dikhabarkan.
3) Perkhabaran mengenai peristiwa silam yang tidak pernah diketahui oleh bangsa Arab dan tidak terdapat kesan-kesan sejarahnya di semenanjung Tanah Arab.
4) Kandungannya meliputi pelbagai bidang ilmu pengetahuan.Selain itu, al-Quran memiliki bukti-bukti ilmiah mengenai penciptaan langit dan bumi, permulaan kejadian manusia, matahari, bulan dan sebagainya.
5) Skop Ajaran Islam
Islam memiliki asa ajaran yang mencukupi aspek akidah, syariah dan akhlak. Ketiga-tiga elemen ini jika dihayati akan melahirkan insan yang mempunyai rohani dan jasmani. Islam berjalan berdasarkan asas-asas dan sistem kehidupan yang kukuh. Setiap kelakuan manusia akan dinilai berdasarkan dasar-dasar yang telah ulama islam nyatakan.
Sumber-Sumber Ajaran Islam
Setiap perkara yang ibawa oleh islam sememangnya mengandungi sumber-sumber yang jelas. Islam tidak wujud dengan tidak sengaja dan manusia diciptakan untuk berpegang dengan agama islam. Manusia kemudian mengolah menjadi sumber amalan dan perundangan dalam kehidupan sepertimana yang berlaku di Barat. Sumber ajaran dan hukum islam dibahagikan kepada dua kategori iaitu sumber primer dan sumber asasi iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Manakala sumber sekunder atau sumber tafsiran yang disepakati ialah ijmak dan qiyas. Sesetengah ulama berpendapat bahawa sumber qiyas dinamakan sebagai sumber ijtihad. Perbincangan hanya akan menyentuh empat sumber ini sahaja iaitu al-Quran, al-Sunnah, ijmak dan qiyah.
RABBANIYAH = KETUHANAN
SYUMULIYYAH = LENGKAP
WAQIYYAH = REALISTIK
ALAMIYYAH = SEJAGAT
UKHRAWIYAH = AKHIRAT
Kesimpulan
Kesimpulannya,beragama merupakan fitrah semulajadi yang telah dikurniakan oleh Allah SWT di dalam sanubari setiap manusia.Sekiranya manusia itu suci jiwanya sejak awal kelahirannya,maka ia akan dapat mengenali Allah SWT pencipta alam ini.Manakala apabila manusia itu kotor jiwanya dan melakukan maksiat maka dia akan berada di dalam kesesatan dan kemurkaan Tuhan.Oleh itu,islam menyeru umatnya supaya kembali kejalan agama agar dapat melayari bahtera dunia dan akhirat serta mendapat keredhaan daripadanya.Maka jelaslah bahawa agama Islam merupakan ad-deen yang diturunkan oleh Allah amat sesuai dengan fitrah manusia dan sebagai panduan didalam segenap aspek kehidupan samada yang bersifat keduniaan dan keakhiratan kepada semua penganutnya yang taat.
Sumber Rujukan
- Dr. Abdullah Yusof Azzam, Aqidah Asas Wawasan Ummah, Pustaka Ilmi, 2003.ss
- Dr. Mohd Nizam bin Sahad, Dr. Suhaila binti Abdullah, Mohd Nor Alias bun Mohammed Jais, Buku Teks Tasawwur Islam Tingkatan 4, Idaga Biru, 2019.
- https://www.coursehero.com/file/98677806/e-Book-Asas-Kefahamam-Islam-dalam-Realiti-Semasa-2021pdf/
- https://irongravity99.blogspot.com/p/ciri-ciri-kesempurnaan-dalam-islam.html
- https://anyflip.com/nbgbc/nmqb/basic
- https://www.ikim.gov.my/index.php/1996/01/01/ciri-ciri-kesempurnaan-iman/
- https://e-journal.uum.edu.my/index.php/jgd/article/view/14044

Comments
Post a Comment